Wednesday, August 14, 2013

Salam Aidilfitri!

Raya raya raya and raya. Tiap tahun feeling raya tu tetap sama tak berubah sama sekali. But this year turn kampung Sungkai pula yelah last year turn Rembau. Mana boleh sama tak fair ah macam tu. Malam Ahad baru balik. Rasa tak puas pula hahaha. Akan ku gabungkan semua gambar raya dari first raya hingga raya keempat. Malas nak asingkan tak sio den nak buwek.

Mukadimah raya.

Pagi raya turun padang bergambar.

Kaum adam menikmati sarapan selepas solat raya.

Hj. Osman; arwah atok.

Hii peace yooo!

Like mother like daughter.

Kat hulu. Hulu mana entah tapi kat Sungkai.

At Negeri Sembilan. Kahwin cucu onyang Bedah. Makan.

Wanie and Husna.

3 dara pingitan. Sorang bakal berkahwin. Dua orang lagi bakal apa entah kahkah.

My awesome daddy.

Ini candid.

Billaa a.k.a belllaa.

Family raya.

Adakah memang benar aku pendek? Atau tanah tu yang tak rata? :O

With my dearest kak Ayu.

Rumah Pak Jo; abang umi.

Otw to Seremban. Jalan terlalu sesak sangat.

Rumah Pak Tam; adik Pak Lang.

Petang Ahad having a bbq. Tak dapat nak buat malam sebab nak balik Ipoh.

Abang Jijan with her daughter, Chacha Maembong kahkah.

Gathering satu family. Will miss this moment.

Jemput sila makan. Nyumm nyummm.

Ayah mengeluarkan seluruh tenaga semata untuk potong kambing.

Tak sah kalau entry aku takde gambar sweet mweet ayah dengan umi. Ahaks.

Adam and Rifqi a.k.a Kiki.

Sedih rasanya tinggalkan kampung. Bukan selalu balik selalu ketemu. Insyaallah bulan 11 ni akan balik balik. Sebabnya aku akan kahwin di sana kahkah. Ok tak nak cakap detail. Takut tak menjadi. Apa yang diplan dirancang takut tak terjadi pula. So these are my raya. And how about your raya?

Friday, August 2, 2013

Kembali

Agak lama aku menyepikan diri kini aku kembali. Ye aku kembali. Tiada mimpi disini. Ini kenyataan sila gosok mata kalian dan buka seluas-luasnya. Lihatlah dunia lihatlah aku. Sudah berapa bulan berapa hari aku tidak mempraktiskan tangan ini menaip entry yang entah hape aku merepek. Yang pasti blog aku dikunjungi oleh peminat dari serata dunia. Betulkah? Ini propa semuanya kahkah. Secara jujur aku kata aku takde masa nak update blog ni tapi tetiba pula hati terdetik meronta bagai nak update juga. Saja nak menghasut gua ah. Sebab rindu mungkin? Hmmmp.

Setiap bulan aku tak pernah miss update blog. Tak kira lah satu ke dua entry tapi untuk bulan tu confirm ada. Well last month aku mensibukkan diri dengan kerja pbs ala assignment gitu. Atas kerja kursus bawah sikit dari assignment. Sebelum ni aku ada bagitau kan untuk sem 3 ada 3 kerja pbs kena buat. Nasib baik lah pbs bm cikgu bermurah hati suruh hantar lepas raya. Kurang sikit beban aku. Bayangkan pbs pengajian perniagaan dengan pbs ekonomi aku buat dalam sebulan -_- pbs pp kena buat kajian lapangan mean kena keluar merata-rata nak cari maklumat. Ekonomi pula guna khidmat pak Google je hehehe.

Pbs pp kena kaji pasal organisasi awam atau swasta. Aku ambil Popular sebab dekat kat rumah aku so senang nak pergi balik. Excited sangat sebab dah buat temu janji bagai harapan itulah aku nak kaji. Esok punya esok hari aku rasa macam tak kena je dengan organisasi ni. REJECT! Ada sebab kenapa aku reject. Kepala gila buntu bak hang fikir apa nak kaji -_- Tukar kepada kerajaan pulak. Banyak sangat suggestion dari ayah aku. Lastly jalan mudah aku ambil MBI and buat appointment. Tempat pula jauh dekat pekan. Takpe lah berkorban demi pbs yang tercinta ni. Tak buat kang failed paper aku tu.

Alhamdulillah jabatan yang aku pilih tu bagi kerjasama. Sporting je dorang, boleh masuk ayor semuanya kahkah. Time aku nak bagi borang soal selidik kat pekerja deme tak percaya aku ni Form 6. Serius sedih bagai nak sentap jiwa aku doh T_T lantak lah asalkan borang aku tu berjawab. Baru aku sedar kajian lapangan ni buat aku berdikari. Dari A sampai Z aku buat sendiri. Jumpa orang atasan tanpa orang tengah. Selalu aku suruh umi aku je sebab aku tak tau apa wakakah. Nak harapkan umi memang tak lah tolong just bagi step by step apa nak buat. Umpama katak di bawah tempurung gua rasa.

Habis pp gua buat ekonomi pula. Dateline nak dekat tapi satu apa tak gerak juga. Even sifunya ada kat rumah tak membantu aku langsung sebab kepala hampir nak meletup gara-gara tak tidur malam nak siapkan benda alah ni. Kerja last minit punya pasal kan haa padan muka. Apa benda tak boleh nak masuk. Kerja asyik nak marah orang je. Biasalah dah stress tahap gaban semua kerja tak kena. Now lega habis ah dah hantar ahaks. Tinggal bm je nak buat. Cuti raya ni akan ku manfaatkan sehabis mungkin dengan TIDUR. Gua nak topup balik tidur gua yang tak cukup haa. Mata pun dah jadi panda kau tau.

Moral of the story jangan buat kerja last minit lebih lagi kerja yang berkaitan macam ni haa. Jangan mempraktiskan kat universiti. Confirm terjun bangunan punya tak pun guling sana sini macam dalam cerita hindustan kahkah. Btw welcome August :) 4 days more for me hikhik. One month left. Boleh kot aku nak wish raya awal kat sini. Ah pedulikan~ K selamat hari raya maaf zahir batin kepada pengunjung blog ini. Ampun maaf dipinta. Nak duit raya sila datang rumah. Takde main pos laju kat sini. Sekian terima kasih. Next entry I'll update about my raya. Bye.

Friday, June 7, 2013

Holiday Part 2

Sambungan dari Holiday Part 1. Kali ni jalan-jalan pergi Terengganu pula. 3 hari 2 malam kat sana. Pergi tengah hari sampai lewat malam. Seksanya pergi sana. Dengan aku yang mabuknya dengan jalan macam ular kena palunya. First and last mungkin aku jejak sana. Kalau jodoh aku orang ganu orang kelantan mungkin aku akan bebel tak henti-henti bila nak balik rumah pak mak mentua. Tapi aku nak orang kfc. Nanti boleh promote meal baru kat orang tak pun dapat discount makan kfc kahkah ._.

Kelantan. On my way to Terengganu.

Hai kami dah sampai ganu. Smile.

Tempat kami menginap.

Second day. Parking bertingkat. Amazing right? First time aku jumpa haha.

Muzium Terengganu. Muzium yang terbesar di asia. Memang luas berdouble gila.

Pintu masuk utama. Bangunan ni je yang aku mampu masuk. Tak larat nak sambung pergi bangunan lain. 

Tengoklah betapa luasnya. Ada 30 lokasi. Haa haa.

Dalam muzium mmg tak dapat lah nak bergambar. So aku jelah yang mampu kahkah.

Next station; Taman Tamadun Islam. Tempat yang aku paling suka.

Model tak berbayar hahahaha.

Dalam tu ada Masjid Kristal. Memang lawa sangat. Masjid ni dah jadi tempat pelancongan pula.

Belakang tu Taman Monumen. So dalam dia ada monumen dari serata dunia.

Naik buggy. Tak larat dah nak round sekeliling taman tu.

Great Mosque of Samarra, Iraq. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing.

Great Mosque of Agadez, Niger. Istimewa masjid ni dia diperbuat dari tanah. Piramid tu pula ada 13 perencah kayu for kukuhkan struktur dia.

Kalyan Minarer, Uzbekistan. Menara yang diperbuat drpd bata yang dibakar.

Berlatar belakangkan monumen Taj Mahal, Agra India. 

Kecik-kecik dah pandai posing. Besar-besar?

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia. Di mana masjid ini mampu memuatkan 4 juta jemaah.

Xian Mosque, China. 

Seni khat by Abdulrazzak Mamod dari Syria.

Tempat pertama seni khat karya logam.

Jangan main-main seni khat karya kayu 1M pun ada tau haha.

Karya Adnan Syeikh Osman dari Syria.

With Husna and Nabila.

Tanah dan pasir dari tanah suci Mekah.

Perubahan pembinaan Masjid al-Haram.

Beloved mom haha.

Dah masuk Taman Tamadun Islam try lah aiskrim ni. Lemak berkrim gitu. Tapi dia cepat cair.

Jalan malam ambil udara segar. 

Third day. At Pasar Besar Kedai Payang. Beli itu beli ini.

Then, makan jap kat Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Siap ada angka giliran lagi tu.

Dapur pemprosesan keropok lekor tok beng.

Pantai Batu Burok Terengganu.

Juga memberi perkhidmatan kereta kuda.

With Luqman.

Sweet couple again wkwkwk.

Pantang nampak kamera suka sangat berposing -_-

Singgah kat tepi jalan nak beli sata. Campuran ikan and rasa dia pedas. Tak tau nak describe macam
 mana sebab aku tak makan benda pelik.

Fourth day. At Kertih on my way to Ipoh. Sempat ambil gambar kilang petronas. Kiri kanan kilang dia.

Yang atas tu sentiasa keluarkan api bakar bahan apa tah.

Tamat. Habis. Selesai sudah percutian aku. Dengan demam loya rasa nak muntah bagai. Ergh aku ni tak boleh dibawa berjalan betul -_- 2 minggu ni duk berjalan je kerja. Rasa riuk patah tulang kaki aku dibuatnya. Buku satu apa pun tak buka tak sentuh. Lepas ni kembali balik rutin harian aku. Jarang update blog. Isnin ni dah masuk sem 3 dah. Kerja pbs lagi bertambah banyak. 3 subjek pula tu buatnya. Soalan pun macam tough sikit. Entah dapat buat ke tak. Haih hmp. Lagi 6 bulan je tinggal. Sem 3 please be nice to me. Ok bai till we meet again.