Sunday, December 23, 2012

Heartbeat


Bakal menginjak umur 18 tahun lagi 3 hari. Excited. Speechless semua ada sampai tak terkata. Kadang-kadang aku berdiri depan cermin dan dalam diam hati ini terdetik "Betul ke aku ni 18 tahun and next year turning to 19 years? Nak cecah 20-an dah" Entah *fikir sejenak* *angkat bahu* Sembang dengan umi ayah tadi kat meja makan buat aku fikir 2678 kali.


Me: Ayah, Selasa ni nak keluar pergi Aeon. Aien ajak lagipun dia outing dengan kawan matrik dia.
Ayah: Pukul berapa perginya?
Me: Pagi. Dorang pergi pagi balik petang.
Ayah: Tapi pagi tu kan ada latihan 2 jam motor?
Me: Lepas habis latihan tulah dalam lebih kurang 10.30 a.m tu kalau ambil sesi kedua. Sesi pertama habis pukul 9.30 a.m
Ayah: Aaa jangan tengok wayang pulak.
Me: Ye tau. Just lepak je. 
Umi: Aien kat sana macam mana belajar? Ada dia kata apa-apa?
Me: Biasa je mii belajar budak matrik. Haa nak tau tak dia dapat pointer blabla.
Umi: Tinggi tuuu! Kira pandai lah dia nak dekat 4 pointer. Tieka kena lah jadi macam dia.
Me: Yeyeye *aku sekadar mengiyakan je sambil makan*
Umi: Jangan nak ye je tapi umi tengok Tieka banyak main. 2 bulan cuti ni 24 jam online..facebook chat twitter bagai. Buat kerja pun bersuruh apatah kerja yang disuruh pun tak terbuat.
Me: Yeye taulah *sengih*


Umi: Angkat motor nak tongkat pun tak reti. Macam mana ni?
Me: Motor tu berat lah. Terangkat juga tapi nak ke belakang tak boleh.
Umi: Nak ringan? Naik basikal.
Me: -___________________________-"
Umi: Hmm tahun depan dah 19 tahun. Sem 2 kenalah hardworking. Jangan nak tidur je kerja. Pagi siang malam tidur je memanjang.
Me: Yeye orang taulah. Kena tidur...ngantuk lah. Nak buat kerja malam kang ngantuk. So kenalah tidur takkan tak tidur kot -_-
Umi: Kalau otak tu dah set ngantuk. Ngantuk lah jawabnya. Nak berjaya nak ke menara gading kena belajar jangan nak main je kerja.
Me: Yeyeye taulah *senyum sengih semua ada*
Umi: Umur nak dekat 19 tahun tapi tak matured juga. Macam mana gayanya? 19 tahun ni dah mula berdikari tau.
Me: Aaaaa entahlah. Cer bagitau macam mana nak jadi matured?
Umi: Fikir sendiri. Dah lah tak payah nak main lagi dah. Tinggal facebook twitter boypreng semua. Ni handphone kejap-kejap rahsia. Sikit-sikit tutup. Rahsia apa entah.
Me: Hehehehehehehehehehehehehehehehe.
Umi: Jadi macam Aien tu. Dulu masa Form 1 2 3 kelas sama kan?
Me: Bukan takat Form 3 je sampai Form 5 haa semua sama. Boleh dikatakan semua sama.
Umi: Haa tu takde kurangnya Tieka dengan dia. Yang bezakan usaha tu sendiri.
Me: Yelah miiiiii.


Aku dah buat muka toya dah lepas habis makan tu. Terpukul jap. Herm herm. Berapa banyak kali benda yang sama masuk telinga aku keluar telinga kiri. Bagus sangat. Btw this Tuesday gonna berjimba-jimba with Aien and her matric's friends. Insyaallah :) And next tomorrow my birthday. Hahahaha. Kbai.

Friday, December 14, 2012

#MasaSayaBudakDulu


1. #MasaSayaBudakDulu suka kejar anak ayam kat kampung guna penyapu lidi. Lepas tu pukul-pukul dia dengan muka innocent dengan mak ayamnya entah hilang ke mana.

2. #MasaSayaBudakDulu pernah jatuh tangga dari atas sampai ke bawah tergolek-golek bak hang. Ini bukan tangga biasa ini tangga kampung yang tinggi dan berkayu. 

3. #MasaSayaBudakDulu bila tengok cerita superhero atau ada iklan pasal something kat tv mesti bergaduh dengan adik sebab semua pakat serbu tv. "Aku cop ni aku cop ni. Ni aku punya"

4. #MasaSayaBudakDulu bangun awal mandi awal sebab nak kejar cerita kartun Hey! Arnold sambil makan cekodok panas. Kartun ni tiptop dulu woi. Sekarang dah takde dah. Cewdih :(

5. #MasaSayaBudakDulu taktau ubat kapsul macam mana rupa. Bentuk pun taktau. Then, ada orang bagi katanya coklat. So aku buka aku makan. Pahit -_- bongok betul budak tu.

6. #MasaSayaBudakDulu ada crush. Kelas sama pulak tu. Duduk pun sebelah menyebelah. Itupun cikgu yang tetapkan. Eh tau saja kan perasaan saya cikgu. Hahaha.

7. #MasaSayaBudakDulu bila tengok cerita hantu wajib ada orang sebelah. Tangan pegang bantal nak tutup mata. Tapi sekarang siap duduk depan lagi. Still spare something nak tutup mata.

8. #MasaSayaBudakDulu kalau mesin basuh tengah berpusing dalam kepala otak mesti fikir kemungkinan ada kepala orang dalam tu. Pengaruh novel hantu punya pasal. 

9. #MasaSayaBudakDulu aku suka masukkan bola dalam baju and bagitau kat orang lain yang aku mengandung. Lagi besar bola tu lagi aku suka. Sambil belai bola tu. Kahkahkah gila.

10. #MasaSayaBudakDulu bila balik kampung waktu malam selalu tengok kat luar yang bulan dengan bintang ikut aku. Maybe dia suka aku kot. Then, umi bagitau bumi berputar that's why lah.

11. #MasaSayaBudakDulu balik kampung je main kahwin-kahwin kat rumah atas. Line dah clear takde orang apa lagi. Aku jadi suami dia jadi isteri. K tak nak fikir lagi dah. Seram.

12. #MasaSayaBudakDulu aku suka duduk depan kipas, tekan volume maximum then menjerit sekuat yang mungkin aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak jerit nyanyi. Sedap betul suara aku kalah Mikeal Jaksun. Ekeke.

13. #MasaSayaBudakDulu pernah terjatuh dalam kolah mandi kat rumah lama. Kepala kat bawah kaki kat atas. Nasib umi perasan aku hilang ke mana. Kalau tak dah lama aku arwah.

14. #MasaSayaBudakDulu tiap-tiap malam sebelum tidur suruh umi picitkan kaki. Selagi aku tak tidur selagi tulah tak boleh berhenti. Bukan sakit apa. Saja menggerdik. Ahaks.

15. #MasaSayaBudakDulu tak kenal apa itu internet. Apa itu Myspace and so on. Kenal pun waktu Form 4 rasanya lah. Lame betul memang buta IT betul. Now adik aku 3 tahun pun dah pandai buka laptop.

16. #MasaSayaBudakDulu percaya dengan toothfairy, magic bagai. Pernah test letak gigi bawah bantal ingat keesokan pagi gigi tu tukar jadi syiling. Tapi ternyata tak. Muka cewdih. Buang gigi tu.

17. #MasaSayaBudakDulu suka bazir kertas dengan adik yang lain nak buat duit syiling palsu. Ambil duit syiling pastu tekap kat kertas pastu colour warna-warni. Gunting and buat business. Kahkahkah.

18. #MasaSayaBudakDulu pukul 7 malam setiap hari Sabtu mesti dah tercongok kat depan gara-gara nak tengok cerita Sinchan dengan Doraemon. Mandi pun awal nak ngejar haa. Favourite tu.

19. #MasaSayaBudakDulu main masak-masak dengan adik. Kalau itu garam, gula atau serbuk aku gantikan dengan bedak. Haha same what? Penuh dengan bedak sampai kena bebel dengan umi ayah.

20. #MasaSayaBudakDulu . . . . . . . . . .






muka saya . . . . .



























cenggini (Y)





comel kan aku? Hahahaha kenyataan aku memang comel pun. Kecik comel apatah dah besar berganda comelnya. Kahkahkah muntah darah dibuatnya.

By the way hashtag #MasaSayaBudakDulu yang aku curi kat Twitter buat aku ngimbau balik kenangan zaman kanak-kanak aku dulu. Time guwa budak dulu, guwa ganas bak hang semua benda nak buat. Maklumlah time tu aku rapat dengan adik lelaki aku yang kat atas tu haa. Yang adik no 3 kecik lagi tak boleh dibuat geng, mengamuk umi aku ekeke. Sekarang dah besar panjang, umur pun nak cecah 19 tahun depan. Wah boleh kahwin dah ni kahkahkah. Umi nak kahwin umi, calon dah ada lagipun umi kenal dia. Hehe I malu *tutup muka* Bak kata orang kahwin awal dapat mengelakkan maksiat. Tak tipu. Bukan gatal. Dah sudah. Kbai.

Thursday, November 29, 2012

Berjimba-jimba di Melaka

Ahad and Isnin baru ni satu family balik kampung Negeri Sembilan. Itu pun sebab ada kenduri doa selamat untuk akak Dilla yang tengah pregnant. Even 2 hari je, cukup buat aku melepaskan kerinduan yang tersemat di dada. Hahaha. And menyempat pula petang Ahad tu aku belajar bawa motor for the first time in my life. Ahaks. First time tu weh. Betapa jakunnya aku bawa motor. 2 kali jatuh pula tu, bukan aku tapi motor yang jatuh sebab berat sangat. Sadisnya. Isnin memang nak balik Ipoh dah tapi pak lang ajak pergi Melaka. Berjimba-jimba di sana. Guess what we went to Taman Buaya.

Tak dapat front Taman Buaya, peta pun jadilah. 

All of us dah masuk dalam taman tu. Aku suka sangat snap picture dari arah belakang ._.

Tiket untuk masuk. Dewasa rupanya aku ingat kanak-kanak lagi. Haha tak sangka pula.

Siapa yang tak kenal buaya inilah buaya. Nama dia Buaya Tembaga. Rasanyalah -_-

No caption. Haha lulz.

Ze mom with her daughter. Patutnya aku pakai high heels baru aku lagi tinggi dari umi. Kahkah.

Huda, Nabila and Syazwani.

See ada juga Buaya Bongkok. Katanya kecacatan berlaku dalam telur. Umi panggil buaya ni buaya tua sebab bongkok. Hahaha k.

Me with Huda. 

Close your eyes and I'll be there for you. Hahaha jkjkjk :p

Serius ah burung ni lawa gila. Bulu dia berwarna-warni. Lupa dah apa nama dia. Pelik sangat namanya.

Us. Again. Ada persamaan tak? Guess what. Haha.

Husna and Syazwani.

Bangunan Putrajaya

Peace together. Merapatkan silaturrahim katakan.

With umi again. Pasangan anak beranak yang comel. Wakakah.

Sambil tunggu kaum adam habis solat, rehat jap penat berjalan. Betul penat ._.

Form 6's students ni dia bangunan parlimen. For subject Pengajian Am. Tapi bukan bangunan betul just model je.

Umi takde kerja umi pergi kutip bunga ni. Hahaha. Yang panjang tu bunga cempaka. Wangi weh. Kecik tu pula bunga tanjung.

Having lunch at Mydin Melaka. Mydin Meru tak dapat Melaka yang dapat. Hehe.

Time dorang tengah makan aku snap senyap-senyap. Hahaha :p

Anak sedara and her name is Khairunnisa. Aku pangkat mak long dah. Eh tak aku kak long -_-

Kat kawasan rehat dan rawat. Otw balik ke Ipoh.

Bila dah gila camera macam nilah jadinya. Hahaha kdiam *gelak*

Balik rumah je dah pukul 10 lebih. Penat-penat pun aku tengok The Walking Dead dengan umi. Hahaha fanatik walking dead kot. By the way banyak barang aku shopink kat sana. Pilih tu pilih ni yang bayarnya bukan aku. Ahaks ok dah. Plan yang seterusnya, ingat nak ke lost world. Pak lang pun turun sama juga. Insyaallah harapnya menjadi lah. Bukan selalu balik kampung and luangkan masa bersama. Ye dak? Hahaha ok thats all bye.

Wednesday, November 21, 2012

School Days

Motif gambar? *tangan di dada mata ke atas*

Dah memang terang lah kan sekarang ni cuti sekolah tak kan cuti raya pula. Alang dah cuti ni aku buat muka kesian muka comel semua ada kat umi dengan ayah. Sebabnya nak ambil lesen kereta. Actually benda ni nak buat lepas habis SPM tapi just ajak-ajak ayam ajak macam tu je. Lagipun adik aku beria nak sangat ambil lesen juga tapi lesen motor lah tak kan kereta kot. Umur baru berapa ada hati nak ambil kereta -_- tup tap tup tap umi ayah bagi lampu hijau. Dalam hati aku dah menari chicken dance dah. Haha wkwk tapi pagi esoknya..

Umi: *sambil iron baju* tieka ambil lesen motor lah. Lesen kereta nanti dulu.
Me: *online fb* haaa? *buat muka*
Umi: Yelah ambil lesen motor.
Me: Tapi kenapa nak ambil motor pula? Kereta?
Umi: Ambil motor dulu. Kereta kemudian. Lagipun nanti motor umi beli.
Me: Alah, tieka mana reti bawa motor lah miiii.
Umi: Nanti kat sana orang tu ajar lah kan macam mana nak bawa.
Me: Tapi..fobia bawa motor. Takut nak bawa. Tak berani :(
Umi: Eh cuba. Bawa dulu.
Me: Hmmm yelaaahhh. Tieka ambil lesen motor. Kereta bila pula?
Umi: Ambil satu-satu dulu. Kereta tu kemudian. Bila-bila boleh.
Me: Ok

Last Monday kursus 5 jam. Betapa bosan nak mati aku dalam tu. Dengan sejuknya, ngantuk semua ada. First sessi boleh tahan lagi. Uncle Bobby buat lawak tapi still buat aku ngantuk juga. Aku pun tak tau kenapa. Hahaha. Menyempat lagi aku tidur. Budak cina depan aku haa dari awal sampai akhir tidur je kerja. Tak tau lah yang duduk kat belakang sekali pun join sekali. Eh sumpah bosan duduk dalam tu -_- Next petang sessi kedua pula tukar orangnya. Tapi tak berani nak tidur sebab dia panggil nama dia tanya. Haa memang sedap lah. Aku kena ._.

By the way, esok test komputer. Nervous pun ada nak jawab. Malam tadi try buat kpp test kat lappy. First test gua gagal. Perh 78% dapat tapi memang lah first kan mesti nervous gila. Then aku buat 2 3 kali test alhamdulillah baru lulus. Soalan dia banyak ulang oooaa. Part bahagian C pasal undang-undang aku lemah sikit. Perhaps esok kat sana aku lulus :) tak lulus..haa bayar RM17 kalau nak ulang. Melayang duit aku. Insyaallah lulus. Kalau dah lulus tahun depan bawa motor lah jawabnya pergi sekolah. Hahahaha k jakun gila aku. Aku jakun sebab tak pernah bawa motor. Rumah takde motor. Anda faham.

Monday, November 12, 2012

Farewell Form 6

Last Saturday we had the farewell or jamuan Pertes (Persatuan Tingkatan Enam) at Dulang Coffee House Hotel Excelsior. Mula pukul 3 p.m tapi datangnya pukul 2 p.m. I thought before 3 p.m we must come early to set up the things but nobody's there. Adalah berapa orang yang datang awal. Even berkongsi tempat makan dengan sekolah lain, tak mematahkan semangat kami semua untuk teruskan jamuan. So here some pictures that I can share with you guys.

Awal sangat datang dah tak tau nak buat apa. 1 Malaysia jadi pegangan~

Apizz and Hanis.

Me and Fanni. Tayangan iklan colgate. Nak tunjuk sangat gigi kan? Nah ambik kau. Haha.

Sundra with Apizz.

Hi *waving hands* jauhnya itewww :O

Kami tidak ada apa-apa. Eh? Kbai.

Peace ye awak.

Abg Hamdani selaku Ketua Pertes bacakan doa sebelum makan.

Ini adalah ais kacang. Err entah ABC ke cendol ke.

Aina and Husna. 

Aina and Dyba. Manis orangnya :)

Maintain kan senyuman anda semua. Hahaha.

Agak berapa kali tambah? Ihikss.

Jiha a.k.a panda and me. Jumpa je dia tak sah kalau tak panggil aku Bobo. Haha.

Students of 6R2.

Formal's photo. Ala skema gitu lah. Future wife's to be? Yang belakang semua tu dah taken. Harap maaf. Kahkahkah.

Candid's photo. Tak tau macam mana Sundra boleh sesat kat belakang tu ._.

Sarawana and Me. Partner gaduh. Selisih je ada je yang tak puas hati. Haha.

Specky boys. Apizz, Faiz and Sarawana. Btw Sara tak rabun, saja mengerdik nak pakai.

Bergambar dengan retis sekolah a.k.a Aaron Aziz. Haha kau hado?

Yang budak tengah tu anak cikgu Malika.

I like this photo so much. Hehe lahv 

Rata-rata gambar aku yang penuh. Lebih lagi dengan tayang gigi dan buat peace. Hahaha kdiam. Dalam nak dekat pukul 5 p.m ramai yang dah balik. Buat apa nak duduk situ lama-lama ye dak? Perut pun dah buncit. Penuh makanan haa. Nak menambah lagi tapi apa boleh buat perut aku takat mana je. Kahkahkah. By the way good luck upper six for your STPM next week dan selamat hari tua. Bakal menginjak umur 20 takde belas lagi dah *evil laugh* So next year turn kita orang pula. Eh memang betul terasa diri ni dah tua ._. k Good-bye. p/s credit picture to; Haikal and Apizz. Also me.